Saturday, March 28, 2015

Persatuan Lun Bawang Sabah - Mesyuarat Tahunan 2014

Mesyuarat Tahunan Persatuan Lun Bawang Sabah tahun 2014 sudah berjaya dilangsungkan di rumah Yang Dipertua (YDP), En Lajim Buayie di Suruddo Villa, Batu 4, Sipitang hari ini.


Acara dimulakan dengan ucapan daripada YDP dan AJK-AJK tertinggi, termasuklah Penaung En. Musa Selutan.



Ini diteruskan dengan Acara Kelinang oleh ahli-ahli Persatuan Lun Bawang Sabah.


Acara diteruskan dengan mesyuarat untuk membincangkan minit-minit, ini termasuklah

  • Perancangan Makan-makan Amal 
  • Persediaan untuk Perwakilan ke Irau Aco Lun Bawang tahun ini yang akan diadakan di Trusan, Sarawak
  • Penetapan baju tradisional lelaki Lun Bawang
  • Penubuhan Biro Muda-mudi 


Setelah selesai mesyuarat, acara diakhiri dengan makan tengah hari.

No comments:

Post a Comment